Mengumpat adalah perbuatan dikeji syarak dan pelakunya dianggap seperti memakan daging mayat saudaranya sendiri. Firman Allah SWT, "Dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Suka salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang" ( Al-Hujurat (49):12)
Di sini saya sertakan mengenai Hukum bagi orang yang suka mengaibkan orang lain
oleh: Hamba Allah
Assalamualaikum saya ingin bertanya mengenai hukum mengaibkan seseorang di kalangan staf.
Kadangkala apa yang diceritakan itu tidak masuk akal dan kadangkala membuka surat peribadi seseorang di jabatan walaupun surat itu tertera nama seseorang.
dibalas oleh: (ustaz/ustazah) Mohd Yusnaidi Bin Md. Sabri Asalamualaikum.
Islam agama mulia. Allah tidak suka orang-orang Islam membuka aib orang lain. Nabi s.a.w. bersabda mafhumnya, "Barang siapa membuka aib saudaranya, Allah akan membuka aibnya di akhirat". Allah juga menjelaskan supaya orang Islam menjauhi daripada pra-sangka buruk dan mengaibkan orang lain. Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari pra-sangka, sesungguhnya pra-sangka itu adalah dosa...(Surah Al-Hujurat, ayat 12). Oleh itu mengaibkan orang lain adalah haram dan berdosa.
- sikap suka mengaipkan orang lain adalah sikap mazmumah yang menjadi punca hati tidak bahagia.
Punca Hati Tidak Bahagia Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati. Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Kajian sains menyatakan sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
No comments:
Post a Comment