GADIS KECIL
(USMAN AWANG)
Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar matahari pagi
Demikianlah gadis kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang-alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman
Gadis kecil itu mengagumkan aku
tenang dan senyuman yang agung,
dengan sopan menolak pemberianku
"saya tak perlu wang, pakcik,
cukuplah kertas dan buku".
Usianya terlalu muda
jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempesonakan.
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya
sekali lagi dia tersenyum dan berkata,
"jangan sedih, pakcik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini."
Aku jadi terpaku
dia, si gadis kecil itu pula mententeramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya.
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani
dari anak penghuni penjara itu sendiri?
Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara.
Monday, December 28, 2009
بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
’Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya" (H.R al-Hakim)
AAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal. LL
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."
dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: "Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya" (H.R Abu Daud).

Friday, December 25, 2009
perbezaan MELUAH PERASAAN dan MENGAIBKAN ORANG LAIN
Orang seringkali mentafsir bahawa apabila seseorang itu cuba meluahkan perasaan dianggap mengumpat la, mengaibkn orang la.... sebenarnya dia hanya sekadar mahu meringgankan beban diri yang dipikul di atas masalah-masalahnya yang tersendiri . jika mengikut kaedah psikologi pun proses meluah perasaan jika menghadapi sebarang masalah sedikit sebanyak dapat menghilangkan dan meringgankan stress pada diri. Cuma janganlah sampai terlebih-lebih menceritakan masalah yang dihadapi terutamanya jika ia melibattkan orang lain keran dikuatiri timbulnya salah faham yang besar iaitu FITNAH.. Disamping itu cara terbaik nak hilangkan tekanan terhadap individu lain sudah membuat diri marah cuba fikirkan kebaikannya kerana itulah salah satu cara yang terbaik nak hapuskan sifat dendam dalam diri. ( mutiara kata dari seorang kakak kepada aku). Namun begitu, aku bukanlah orang terbaik untuk mebicarakan persoalan dan isu ini kerana kadangkala aku sendiri terpengaruh dengan kata-kata individu yang seringkali cuba mengaibkan orang lain. Seterusnya , jika ditafsir sudah tentu kita dapat membezakan antara unsur mengumpat @ mengaibkan orang lain dan meluahkan perasaan. Jadi kepada sesiapa yang seriang hadapi masalah seperti diri ku ini ( mana ada orang tak dak masalah ) carilah idividu yang terbaik dalam kita meluahkan perasaan supaya apa yang kita luahkan tidak menjadi fitnah antara kita dan individu lain dan cara terbaik nak elakkan selisih faham adalah dengan berdepan dengan idividu tersebut supaya nilai dan ikatan ukhuwwah yang terjalin tidak akan terkubur dek kerana hasutan syaitan yang cuba memecah belahkan anak cucu ADAM. (rujuk suruh as saff ayat 4)
Mengumpat adalah perbuatan dikeji syarak dan pelakunya dianggap seperti memakan daging mayat saudaranya sendiri. Firman Allah SWT, "Dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Suka salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang" ( Al-Hujurat (49):12)
Di sini saya sertakan mengenai Hukum bagi orang yang suka mengaibkan orang lain
oleh: Hamba Allah
Assalamualaikum saya ingin bertanya mengenai hukum mengaibkan seseorang di kalangan staf.
Kadangkala apa yang diceritakan itu tidak masuk akal dan kadangkala membuka surat peribadi seseorang di jabatan walaupun surat itu tertera nama seseorang.
dibalas oleh: (ustaz/ustazah) Mohd Yusnaidi Bin Md. Sabri Asalamualaikum.
Islam agama mulia. Allah tidak suka orang-orang Islam membuka aib orang lain. Nabi s.a.w. bersabda mafhumnya, "Barang siapa membuka aib saudaranya, Allah akan membuka aibnya di akhirat". Allah juga menjelaskan supaya orang Islam menjauhi daripada pra-sangka buruk dan mengaibkan orang lain. Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari pra-sangka, sesungguhnya pra-sangka itu adalah dosa...(Surah Al-Hujurat, ayat 12). Oleh itu mengaibkan orang lain adalah haram dan berdosa.
Punca Hati Tidak Bahagia Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati. Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Kajian sains menyatakan sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

- sikap suka mengaipkan orang lain adalah sikap mazmumah yang menjadi punca hati tidak bahagia.
Punca Hati Tidak Bahagia Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati. Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Kajian sains menyatakan sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
Subscribe to:
Posts (Atom)